Minangkabau puak Chaniago

Suku Chaniago adalah suku induk etnik Minangkabau selain suku Koto, suku Piliang dan suku Bodi dibawa oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang. Suku ini memiliki falsafah hidup demokratik iaitu dengan menjunjung tinggi falsafah bulek aia dek pambuluah, bulek kato dek mufakat. Nan bulek samo digolongkan, nan picak samo dilayangkan - "bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat". Dengan demikian pada masyarakat suku Chaniago semua keputusan yang akan diambil untuk suatu kepentingan harus melalui suatu proses musyawarah untuk muafakat.Falsafah tersebut tercermin pula pada bentuk seni bina rumah adat bodi Chaniago yang ditandai dengan tidak terdapatnya anjuang pada kedua sisi bangunan Rumah Gadang. Hal tersebut menandakan bahwa tingkat kasta seseorang tidak membuat perbezaan perlakuan antara yang tinggi dengan yang rendah. Hal yang membezakan tinggi rendahnya seseorang pada masyarakat suku Chaniago hanyalah dinilai dari besar tanggungjawab yang dipikul oleh orang tersebut. [perlu rujukan]Salah satu falsafah lain untuk mencari kata kesepakatan dalam mengambil keputusan pada suku Chaniago adalah aia mambasuik dari bumi ("air membasuh dari bumi") ertinya suara yang harus didengarkan adalah suara yang datang dari bawah atau suara itu adalah suara rakyat kecil, baru kemudian dirembukkan dalam sidang musyawarah untuk mendapatkan sebuah kata muafakat barulah pimpinan tertinggi baik raja maupun penghulu yang menetapkan keputusan tersebut.[perlu rujukan]